Saturday, July 25, 2009

KeRaNa pEncUngKiL gIgI

assalamualaikum wbt...

hari ni saye nk berkongsi satu kisah yg sye bace..mane yg baik tu amek la wat pedoman hidup n mane yg bruk tu jdkn pngajaran tuk hadapi mase akn dtg..
kisahnye camni...

Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia
terdenga rsuara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta
tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui
apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah
Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi
Allah Isa pun memohon doa kepada Allah swt sambil menadahkan tangannya
ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doa nya dimakbul olih allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong. Melihat
akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu
apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu
menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh
nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa
dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah allah....
maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu
diseksa sebegitu rupa ?
Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai

penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan
menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membeli nya.
Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli
kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka
pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli
itu..
Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk
makan....selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli
kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit
dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dgn lidah
tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku
nya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan
kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.
Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.

Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli
itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya
tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya
diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka
Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....astaghfirull ah al
azim...

elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...
Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd
sekecil
kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik
kerumah
untuk di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak anak kita ???
Dan
juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali
kan
? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

1 comment:

  1. sesungguhnya takutlah kita dgn azab Allah krn MATI itu bnar....azab NERAKA itu bnar n SYURGA itu juga benar...wassalam

    ReplyDelete